Wednesday, September 26, 2007

Kisah Sedekah...


Sabtu lepas aku menonton drama melayu kat tv. Ada satu scene tu sama macam kisah yg aku penah baca dari email yg diforwardkan oleh kawan2.. Kisahnye begini;

Seorang budak penjual kuih (mamat, bukan nama sebenar) dengan pakaian yg lusuh membawa raga kuih, menjaja kuih kepada orang ramai di kawasan gerai makan. Budak ini bersungguh-sungguh mempromosikan kuih2 yang dibuat ibunya kepada orang awam yang sedang makan di meja gerai berkenaan. Lalu budak ini bertanya kepada seorang pelanggan (Abang X) yang sedang duduk menunggu makanan;

Mamat : Err, abang nk beli kueh bang?
Abang X: Takpe la dik, abg dah order nasik ni.. Kenyang la nk makan kueh..

Mamat: Beli la bang, kueh ni sodap ni.. Mak saya yang buat..
Abang X: Maaf la dik ye, abg betol2 tak nak ..

Lalu beredarlah mamat ke tempat lain... Setelah beberapa ketika, budak tu pergi ke tempat lain.. hampir separuh kueh terjual.. Dan sekali lagi dia terserempak dengan Abang X yang sedang menuju ke keretanya.. Dengan iltizam yang kuat untuk habiskan menjual kuehnya, tanpa segan silu dia bertanya sekali lagi kepada Abang X;

Mamat : Abang.. Abang.. Nak beli kueh bang? Beli la bang sedap ni...
(kata budak tu dengan wajah yang penuh simpati)

Abang x: Tak pe la dik, abg kenyang la nk makan kueh.. abg dah lewat dah ni..

Oleh kerana simpati melihat keadaan budak tu, lalu Abang X tu berkata:

Abang X : Nah amik ni RM5 abang sedekah je.. X payah la kasi kueh tu..

Mamat : Eh! tak boleh bang! Mak saya tak kasi ambil. Kami bukan pengemis. Kami menjual kueh . Kami bukan mintak sedekah...

Abang X : Alah.. Amik je la dik.. abg ikhlas ni.. Amik je la ye..

Lalu budak tu pon dengan berat hati mengambil duit tu.. Dan Abg X pon masuk kete n start engine.. Semasa budak tu sedang melintas jalan, ada seorang buta juga melintas, lalu si budak ini dengan baik hatinya memberikan duit sedekah tadi kepada orang buta tersebut..

Melihatkan kejadian itu, Abang X terasa kagum dengan sikap budak tu.. Jiwanya benar-benar tersentuh.. Lalu dipanggil semula budak tu dan dia pon membeli kesemua kueh yang dijual budak tu atas apa yang berlaku hari itu..

Peristiwa itu menyedarkan dia bahawa dalam dunia ni masih ada lagi orang yang lebih memerlukan daripada kita seandainya kita merasa bahawa kita adalah orang yang paling memerlukan......

No comments: