Wednesday, May 27, 2009

Change of my status quo


Dah 3 bulan aku tak update blog ni, dan skarang dah berubah status dah pon, daripada membujang kepada ada isteri. Hah? Ada isteri? Aku dah berkeluarga... Aku dah jadi laki orang.. Ya, x payah tepuk pipi, x payah cubit muka. Ini reality, my responsiblity becomes more bigger, kerja untuk sara keluarga.. Dulu time bujang lain, but now when i went to shopping mall, i was thinking to buy something to my dearest wife, dah x pikir untuk diri sendiri dah..

At the moment, we have to live separately because of work. I am hundreds of miles apart from her. Huh! Sometimes i wish one day, to become a millionaire (impossible la, i'm juz a gomen staff), i want my wife to quit from her tiring job and ask her to stay at home for our future children.. . That is all people want right? Live happily like a King. But as a public people, not from kerabat raja ke kroni VVIP ke, hanya orang biasa, so kena la hidup macam orang biasa (xyah nk angan2 lebih).. huhu

Memang betol percintaan selepas kahwin berbeza dengan percintaan sebelum kahwin. Amat benarlah Firman Allah bahawa dijadikan isteri ini sebagai penyejuk mata dan perkahwinan itu membawa kepada mawaddah wa rohmah.. Mententeramkan jiwa yang bergelora.. Mudah2an dikekalkan hingga ke syurga.. Amin

Friday, February 27, 2009

Thursday, February 26, 2009

Revert or Convert?

Last nite i was being invited by my friend to come over to a small gathering of a course that i'd attend with him a few years ago.

I have some feeling of arousing my emotional when listening to two mualaf sharing their experience and what they feel when they embrace Islam . Off course i can see a light in their face, they look younger than their age. They talk about Islam and Science, religion comparison and the Science of Solat.. Huhu, i feel shame of myself. I have being a moslem for more than 20 years, but i have less knowledge than them who were just a few months being a moslem.. They said that they have born in another religion, but now they REVERT to the true God, revert to true religion, Islam not convert....

Wednesday, January 21, 2009

Kasih Haiwan Vs Manusia


Aku terbaca berita dalam akhbar 2-3 hari lepas tentang pembuangan bayi oleh sepasang kekasih di dalam negara kita. Berita ini sudah menjadi satu kebiasaan pula, walhal jika difikirkan secara mendalam, ia memang satu kesalahan yang teramat besar.Begitulah jalan penyelesaian terakhir yang mereka putuskan apabila telah terlanjur dan tidak mampu berpatah balik. Sebab itu, islam menetapkan dari awal supaya menjauhi perbuatan zina. Pesanannya ialah tidak mendekati, bukan tidak buat. Kerana perahu yang terlajak, sudah tidak boleh diundur.

Aku melihat di kawasan kediaman aku, anjing-anjing pon ada kasih sayang antara mereka. Inikan pula manusia yang lebih teruk daripada anjing. Sanggup menyisihkan darah daging mereka. Dimanakah nilai-nilai peri kemanusiaan dalam diri mereka? Dimanakah nilai-nilai sifat asmaul husna yang dituipkan di dalam dada mereka? Apakah sudah tiada rasa takut pada Tuhan di dalam diri mereka? Apakah mereka tidak merasa kasihan pada anak itu?

Hakikatnya, hati manusia berbolak balik, sekejap jadi malaikat, sekejap jadi syaiton. Tapi bila sifat syaiton meracuni diri, inilah akibatnya. inilah jadinya.. Manusia sudah hilang pedoman, hilang arah, hilang punca. Mereka mencari jalan yang mudah tapi akibatnya parah daripada jalan yang payah tapi impaknya kurang parah.. Mereka harus diberi kesedaran..