Wednesday, January 21, 2009

Kasih Haiwan Vs Manusia


Aku terbaca berita dalam akhbar 2-3 hari lepas tentang pembuangan bayi oleh sepasang kekasih di dalam negara kita. Berita ini sudah menjadi satu kebiasaan pula, walhal jika difikirkan secara mendalam, ia memang satu kesalahan yang teramat besar.Begitulah jalan penyelesaian terakhir yang mereka putuskan apabila telah terlanjur dan tidak mampu berpatah balik. Sebab itu, islam menetapkan dari awal supaya menjauhi perbuatan zina. Pesanannya ialah tidak mendekati, bukan tidak buat. Kerana perahu yang terlajak, sudah tidak boleh diundur.

Aku melihat di kawasan kediaman aku, anjing-anjing pon ada kasih sayang antara mereka. Inikan pula manusia yang lebih teruk daripada anjing. Sanggup menyisihkan darah daging mereka. Dimanakah nilai-nilai peri kemanusiaan dalam diri mereka? Dimanakah nilai-nilai sifat asmaul husna yang dituipkan di dalam dada mereka? Apakah sudah tiada rasa takut pada Tuhan di dalam diri mereka? Apakah mereka tidak merasa kasihan pada anak itu?

Hakikatnya, hati manusia berbolak balik, sekejap jadi malaikat, sekejap jadi syaiton. Tapi bila sifat syaiton meracuni diri, inilah akibatnya. inilah jadinya.. Manusia sudah hilang pedoman, hilang arah, hilang punca. Mereka mencari jalan yang mudah tapi akibatnya parah daripada jalan yang payah tapi impaknya kurang parah.. Mereka harus diberi kesedaran..

No comments: