
aiyyaa... semua orang tak mau harga barang naik.. semua mau barang murah.. lazimnya, pasaraya yang mengadakan JUALAN MURAH pasti dikerumuni oleh pembeli. Kadang-kadang mereka tertipu dengan tipudaya iklan jualan murah.. jualan akhir tahun.. jualan penghabisan stok.. jualan penjimatan.. macam2 lagi... padahal harga murah 1 sen je..
tadi masa aku nak turun ke bawah, semasa dalam lift aku terdengar seorang lelaki cina mengeluh : Haiya, ini hari Gandum naik 20sen woooo..... Mungkin dia seorang peniaga, dia tau betapa peritnya kenaikan harga bahan asas ni. Maklum la gandum tak ditanam di Malaysia, agaknya bekalan gandum dari negara Timur Tengah makin berkurangan, maybe akibat perang kat sana kot... hurm.. awal tahun lalu aku ade terbaca artikel dalam paper mengatakan sebuah Universiti telah membuat kajian terhadap keadaan tanah di Perlis untuk ditanam gandum.. Jika research itu membuahkan hasil, kita tidak lagi perlu bergantung dengan bekalan gandum dari luar negara...
Pagi semalam sewaktu aku kluar breakfast bersama colleague di gerai nasi lemak, dia ada kate skarang ni harga Beras Siam dah naik sekali ganda.. ibunya berniaga nasi juga, disebabkan harga beras naik, so harga jualan juga kena mahal skit la katanye.. patut laa.. lately ni aku sendiri pon terasa harga nasik kandar ni cam dah naik je.. kalau 2-3 tahun lepas, nasi kandar + ayam + sayur = RM3.00 -RM3.50, tapi sekarang ni dah naik jadi RM4.00 - RM4.50... huhu.. orang beniaga kedai makan tak akan rugi sebab walau mahal macam mana pon harga makanan, orang akan tetap makan untuk hidup.. betol tak? Aku tak dapat predict what will happen in the next 5 to 10 years... Silap-silap nasi sepinggan RM50.. huhu nauzubillah..
Semua harga komoditi nampaknya dah naik harga.. bila nilai harga keperluan asas meningkat, cost of living di sini pon makin meningkat.. setiap pergerakan kita ada kos yang perlu dikeluarkan.. minyak kete tok sah cakap laaa... tol jambatan, so far xde berita lagi.. parking kete sekurang2nya kena standby RM2.00, masuk jamban 50sen.. air kosong pon 20sen.. dah tak ade bende FREE lagi dalam dunia ni.. jangan jadi macam kat Korea sudah.. sume mende mahal.. mohon dijauhkan semua itu... aku yakin pakar-pakar ekonomi telah membuat analisa dan forecasting tentang harga minyak di negara kita ni.. marilah kita berdoa agar kekuatan ekonomi.. keteguhan ikatan sosial masyarakat dan kestabilan politik negara kita berada di tahap yang terbaik.. aminn
No comments:
Post a Comment